Monday, February 16, 2009

buat adikku Iqbal Hakim.....

salam.... hari ini terdetik di hatiku untuk meluahkan apa yang saya simpan selama ini.... khas untuk adik bongsu saya, iqbal hakim.... munkin ibal akan terbaca blog ini, atau mungkin tidak.... angah cuma nak menyampaikan isi hati angah ini....
ibal, selama angah hidup, angah amat bersyukur mempunyai seorang adik yang baik, warak dan sangat menghormati ahli keluarganya.... setiap hari yang kita lalui selama hidup ini tiba-tiba kembali dalam ingatan....
ingat tak waktu kecil2 dulu, angah selalu buli awak.... tak kira di mana, rumah, sekolah, dimana sahaja.... pada waktu itu sebenarnya angah cemburu ngan awak.... sebab angah rasa mcm mama lebihkan awak.... mungkin perkara biasa bagi budak2 rasa cemburu.... segala pergaduhan yang kita lalui angah ingat.... bukan sengaja nak buat... tapi mungkin sebab waktu itu, angah fikir, angah lebih besar dari awak.. jadi lebih senang buli....

ibal merupakan anak mak ngan ayah yang paling muda tinggal berjauhan dgn mak dan ayah..... pada waktu itu mungkin awak telah lebih awal belajar hidup berdikari.... dan pada pandangan angah, awak telah belajar mematangkan fikiran awak lebih dari angah sendiri.....sepanjang awak tak ada, terus terang angah katakan yang angah amat merindui ibal.... tak ada kawan nak bergaduh, tak ada kawan nak bergurau... setiap hari, awak sentiasa dalam ingatan angah....
mungkin selama ini angah tak pernah tunjukkan sgt yang angah rindu dan menyayangi awak, tapi hakikatnya, angah amat rindu dan sayang pada awak.... mungkin angah dah terikut dgn cara ayah yang jarang bercakap dgn angah dan hanya bercakap tentang benda2 yang penting sahaja.... tapi ketahuilah, hati angah sebagai seorang abang tak pernah tidak menyayangi adiknya.... alhamdulillah awak dah membesar menjadi seorang anak yang baik, seorang adik yang baik, dan menjadi seorang hamba allah yang baik.... adkalanya angah rasakan yang awak lebih layak menjadi abang dari angah....

ibal akan pergi tinggalkan angah dan keluarga yang lain untuk melanjutkan pelajaran awak.... dan angah sekali lagi akan merindui awak.... dan angah akan sentiasa merindui dan mengingati awak.... dan angah rindu setiap apa yang kita lalui bersama..... angah doakan awak berjaya dalam segala apa yang awak lakukan... dan angah doakan awak bahagia dunia dan akhirat... dan ketahuilah wahai adik ku, angah amat sayangkan awak.... dunia dan di akhirat....

1 comment: