Wednesday, February 18, 2009

lawatan...

hari ni, seawal jam 6 pagi lagi saya dah bangkit dari tidur yang tak seberapa nak lena.... lepas mandi dan solat, terus saya bergerak ke bus stop mawar bersama2 dgn bob a.k.a giant (kawan sekelas). kami ada lawatan ke isn di bawah subjek sport safety and emergency care di bawah jagaan lecturer kami iaitu en. Md Khaizani.... hehehehe..... en. ni sebenornye senior kami.... jadi, dah sampai sana, kami pun menunggulah kedatangan kawan2 sekelas yang lain dan bas... sambil menunggu tu sempat la saya layan bergurau dgn seekor anak kucing yang comel di sana... habis lekat bulu2 kucing tu di baju saya. tepat pukul 7.45, kami pun bertolak ke isn.... pada pukul 8.20, kami sampai di perkarangan parking di bukit jalil... turun sahaja dari bas, kami terus menuju ke bangunan isn. kami di sambut oleh dua staff isn di sana... dua2 pun kaum hawa.. jadi semangat lee sikit nak melawat... heheheheee.... kami di bawa ke pusat rawatan physiologi... di sana seorang m.a telah bersedia untuk menunjukkan kami praktikal strapping dan ujian untuk memeriksa kecederaan sendi seperti lutut, pergelangan kaki, siku dan bahu... di situ, barulah saya tahu cara yang betul untuk strapping.... dan juga tujuan2nya.... apa yang di ajar adalah yang asas sahaja, dan menurut en. Fadzil (M.A), terdapat banyak lagi cara untuk membuat strapping... semua dipelajari dari pengalaman beliau ketika membuat medical cover.... ini yang bersemangat nak belajar banyak lagi ni.... lepas tu, kami bergerak ke ice chamber, dimana rawatan ice therapy di jalankan... di sana kami mempelajari lagi kaedah rawatan yang dilakukan untuk memulihkan kecederaan. selepas itu kami bergerak pula ke water chamber (kalau tak silap saya la... hehehhe...) di mana water atau pool therapy di jalankan untuk rehabilitation untuk atlet yang dlm proses pemulihan dari pembedahan atau kecederaan..... setelah dapat segala penerangan tetang proses pemulihan tersebut, kami bergerak pula ke pusat rawatan sukan... di sana kami di beri keterangan tentang proses rawatan dan kegiatan2 yang berkaitan dengan kecederaan sukan..... banyak jugak yang saya tanya waktu itu.... ia juga dah membuka minat saya untuk menceburi bidang ini dan mengetahui tentang nya dgn lebih mendalam lagi..... dah habis, kami pun bergerak untuk menikmati jamuan ringan..... pada pukul 12.30 kami pun naik bas untuk bergerak balik ke kampus... dlm perjalanan balik, saya dok berfikir tentang apa yang akan saya buat pada masa hadapan... dan saya pasti, saya dah dapat bidang apa yang mahu saya ceburi.... dan dari lawatan ini, ia menguatkan lagi semangat saya untuk terus terlibat dlm bidang ini.... insya allah... semoga apa yang saya cita2 akan tercapai... amin...

No comments:

Post a Comment